TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, April 16, 2013

Saksikan Lembu merentap menyelak kain.



Ekoran kehabisan modal untuk menarik minat orang ramai, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terpaksa menjaja isu-isu lapok dan basi ketika mengadakan ceramah politik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini malam tadi.


Selain membangkitkan semula isu National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menjadi kes mahkamah, anak Ketua Pembangkang itu juga terus menabur janji untuk menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang dapat merampas Putrajaya.
Beliau turut menggunakan modal manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai meniru manifesto pembangkang walaupun kenyataannya aku janji yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu jauh lebih realistik.

"Mereka (pemimpin BN) yang mendakwa banyak tenaga dan kepakaran tetapi meniru kita. Idea kita mereka guna," katanya dalam ceramahnya sempena pelancaran bilik gerakan mengundi pakatan pembangkang, yang dihadiri kira-kira 100 orang itu.

Bagaimanapun Nurul Izzah tidak menjelaskan dengan mendalam perkara-perkara terkandung di dalam manifesto BN yang dikatakan menciplak idea pembangkang.

Sementara itu, pengarah filem dan drama, Adam Hamid yang kini berceramah di pentas pembangkang turut menggunakan peluang bagi menghentam membuta tuli terhadap kerajaan BN, termasuk menuduh mengundi parti itu sebagai satu dosa.

Malah beliau mendakwa 80 peratus golongan artis di negara ini menyokong pembangkang tetapi tidak berani untuk tampil ke hadapan kerana bimbang sukar ‘mencari makan’.

Sebelum ini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengaku ramai kalangan artis menjadi penyokong pembangkang keran dipengaruhi oleh rakan-rakan artis yang menjadi ejen kepada parti-parti berkaitan.

Bagaimanapun, pelakon itu berkata, bilangan artis yang menyokong pembangkang kini sudah berkurangan sejak kerajaan memperkenalkan skim insurans kepada golongan itu serta membawa pelbagai pendekatan lain untuk mereka.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat