Sekumpulan besar hadirin di Pusat Konvesyen Strait Quay Pulau Pinang menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkongsi pentas yang sama.
Acara bertajuk "Quo Vadis Malaysia?" (Ke mana Malaysia?) itu dianjurkan oleh Institut Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada jelajah Deklarasi Rakyat di seluruh negara.
Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dalam majlis itu mendakwa ini jumlah terbesar yang pernah menghadiri acara berkaitan dengan Deklarasi Rakyat.
Mahathir sendiri agak gembira melihat jumlah hadirin walaupun ia sudah dijangka kerana Pulau Pinang diperintah oleh pembangkang.
Dalam ucapannya, Mahathir akhirnya mengakui bahawa pihak pembangkang mempunyai peranan dalam demokrasi.
Mahathir, adalah individu yang memenjarakan lawannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa beliau menjadi Perdana Menteri dari 1987 hingga 2003.
Beliau berkata pembangkang tidak bersetuju dengan pendapat beliau tetapi itu bukan satu masalah.
Beliau menambah bahawa lawannya pada masa tertentu mengambil sikap terlalu peribadi sehingga menolak untuk duduk semeja dengan kerajaan.
Beliau berkata ia adalah okay untuk pembangkang tidak bersetuju dengannya, walaupun tidak berapa menyukai pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.
"Saya memerlukan mereka untuk memberitahu saya jika saya telah melakukan perkara betul, jika tidak saya akan berfikir bahawa saya melakukan semua dengan betul," kata Mahathir.
"Mereka adalah seperti cermin, kadang-kadang kamu perlu cermin untuk beritahu bagaimana hodohnya kamu," kata Mahathir.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.