TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, April 19, 2016

TSMY:“Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,”

“Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu. Dalam pertemuan saya dengan (Gabenor BNM) Tan Sri Zeti (Akhtar Aziz), saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura.

“Saya juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun,” katanya di Facebook semalam.

Beliau menulis sedemikian menjawab dakwaan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam Berita Harian 26 Mac.

“Kononnya saya berbohong mengenai pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, di mana Gabenor Bank Negara itu memberitahu saya secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya.

“Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,” tambahnya.

Muhyiddin berkata dirinya selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu berhak mengetahui isu-isu berkepentingan negara secara terperinci.

“(Datuk Seri) Najib (Razak) juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini,” tambah Muhyiddin.

Beliau meminta pembaca supaya tidak lupa bahawa BNM telah dua kali menyerahkan kertas siasatan ketas 1MDB kepada Peguam Negara, dan menyarankan tindakan undang-undang dikenakan kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.

“Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB,” tulis beliau.

Menurut Muhyiddin, Zeti juga memberitahu bahawa beliau bertegas meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan.

“Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

“Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah.”

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat