Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga ada bertemu dengannya mendesak supaya membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit dengan Datuk Seri Najib Razak diselesaikan segera.
Bekas timbalan presiden Umno itu membuat pendedahan tersebut selepas diasak wartawan mengenai individu dalam pimpinan tertinggi yang dikatakan bertemu dengannya mahu isu menyelubungi Najib ditangani segera.
"Ya, bukan isu itu saja tapi ada banyak lagi isu," kata Muhyiddin pada sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini. – 3 Mac, 2016.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.