Pertanyaan yang bermain di pemikiran rakyat. Jika WSJ berbohong berkenaan lapurannya.
Mengapa akhirnya DS Najib mengakui 2.6b ada masuk ke acc beliau.
Zahid juga mengakui itu wang derma. Beliau telah berjumpa dengan tok arab yang menderma.
AG juga mengesahkan PM DSNR bersih. Wang 2.6b telah masuk ke acc peribadi DS Najib Razak. Baki sebanyak 2.03b telah dikembalikan kepada penderma.
MTMR percaya rakyat masih ramai yang mencari jawapan dan kepastian. Rakyat percayakan kepada pemimpin yang berani kepada kebenaran.
Berbagai andaian bermain di pemikiran rakyat. Agak sukar untuk percayakan dan meyakinkan perkara-perkara yang berlaku satu persatu.
Apatah lagi dengan tindak yang nampak seperti sesuatu perkara besar telah berlaku. Tidak perlu MTMR ulas disini.
Kita percaya Tun M mempunyai sebab tersendiri mengapa Perdana Menteri DS Najib Razak perlu berundur.
Pada pandangan MTMR sekiranya sesuatu tidak dilakukan dengan betul. BN yang di terajui oleh UMNO bakal kecundang pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Pola sokongan rakyat yang dikatakan semangkin kuat dari penyokong UMNO hanya seperti cerita pangung wayang penglipur lara.
Pucuk pimpinan perlu akui dan rasa sendiri adakah pengundi untuk kemenangan BN itu dari undi UMNO sahaja.
MTMR percaya Tun M mempunyai pandangan tersendiri yang mungkin tidak seorang pun diberitahu.
Kita sama-sama nantikan apakah perkembangan lanjut Politik negara kita.
Di jangkakan TSMY akan membuat sidang media pada hari ini Khamis 3/2/2016.
Adakah TSMY akan kekal bersama UMNO atau mengikuti jejak langkah Tun M keluar dari UMNO.
MTMR tidak pandai untuk meramal apakah tindakkan yang akan dilakukan oleh TSMY. Tetapi jika melihat senario yang diambil oleh UMNO Pusat dengan mengambil tindakkan pengantungan selaku Timbalan Presiden. Perkara ini amat bertepatan jika TSMY mengambil keputusan keluar UMNO.
Permainan politik yang licik dan sulit hanya pemain politik yang tahu atur gerak sulit untuk berkawan. Mengenal kawan dan lawan merupakan seni sulit politik.
MTMR percaya bukan setakat TSMY sahaja yang akan menurut jejak langkah Tun M. Ramai lagi tokoh-tokoh yang menjadi kesayangan ramai dengan penyokong tegar atau penyokong gelap akan melakukan perkara yang sama.
Berani kerana benar. MTMR mendoakan Malaysia aman. Kepada Allah berserah.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.