1. Isu Penggantungan
Saya telah menyatakan penggantungan tidak mengikut prosedur sebagai contoh saya tidak diberikan apa-apa surat tunjuk sebab untuk jelaskan apa yang berkaitan disiplin. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
Saya tidak diberikan peluang yang adil untuk bela diri mengikut prosedur dan proses tatacara disiplin yang ditetapkan parti. Majlis Tertinggi buat keputusan secara gopoh.
Nampaknya dalam kes saya, hanya boleh selesai dalam dua jam. Ada yang katakan saya tidak ambil bahagian untuk pertahan diri dlm mesyuarat MT lepas.
Saya tak dapat hadir kerana hal lain di luar negara. Tidak ada agenda khas diaturkan dalam mesyuarat tersebut. Bagi saya ia tidak mengikut tatacara yang berperlembagaan.
Saya akan hantar surat kepad Akta Pertubuhan agar dapat dibuktikan sama ada penggantungan ikut proses atau tidak.
Selepas digugurkan dari kabinet, saya tidak diberi peluang untuk jalankan tugas Timbalan Presiden. Saya tidak dibenarkan untuk mempengerusikan apa-apa mesyuarat.
Saya juga pengarah pilihanraya pilihanraya, kesemuanya saya yang mengepalai dan sekarang ini tidak lagi diberikan kepada saya. Contohnya pilihanraya di Sarawak, Saya tidak lagi diberi tugas untuk berkempen.
Adalah tidak benar untuk kata saya tidak menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya telah lakukan dengan baik sebelum ini, tidak ada complaint dari mana-mana pihak. Sehinggalah wujud isu mutakhir ini, saya tidak dibenarkan bertugas.
Bagi saya, ini amatlah tidak adil. Saya pasti ahli-ahli parti berharap saya dapat menjalankan tugas.
Apabila Presiden parti terbabit dengan skandal, Saya menegur Presiden sebagai suatu amanah untuk perbetulkan kesilapan yang berlaku.
Sewaktu saya dalam kerajaan, Saya telah beri pandangan dan nasihat yang menyentuh soal perjalanan kerajaan, kepimpinan dan Perdana Menteri. Akhirnya saya diambil tindakan rentetan dari tindakan saya.
2. Isu Keluar UMNO
Saya akan terus kekal dalam UMNO.
Saya telah menjadi ahli UMNO pada tahun 70an. Saya tidak jadi ahli kerana sesiapa. Jauh sekali jadi ahli kerana DS Najib. Parti ini baik, kerana nak perjuangkan agama, bangsa dan negara. Saya tidak fikir keputusan sertai parti ini adalah kesilapan besar. UMNO tidak bersalah dalam hal ini.
Ramai berpendapat saya wajar kekal dalam UMNO. Atas dasar prinsip saya nak bela rakyat, menentang kemungkaran dan menegakkan yang hak, maka itulah ramai menyokong saya. Tidak kira bangsa dan agama.
Adalah menjadi hak Tun Mahathir untuk keluar. Saya hormati keputusan beliau.
Saya dipilih oleh Bahagian Pagoh berkali kali tanpa bertanding. Tidak mungkin saya tinggalkan UMNO kerana ramai meletakkan harapan pada saya.
UMNO tidak bersalah. Yg bersalah ialah orang yang merosakkan UMNO. Kalau saya keluar parti, saya hilang hak untuk berkata kata. Biar saya berada di dalam parti kerana saya punya hak sebagai ahli parti untuk menegur siapa sahaja yang melakukan kesalahan.
3. Respond Tan Sri kepada DS Azalina:
Saya tidak terlibat dengan konspirasi. Tidak ada konspirasi.
Mantan AG memberitahu kepada saya tentang perkembangan 1MDB. Hubungan saya dengan AG amat baik seperti biasa kerana beliau juga adakala menjadi ahli mesyuarat. Saya banyak merujuk kepada beliau berkenaan apa-apa hal termasuk 1MDB dan SRC International.
Sebagai TPM semasa itu. Saya berhak tahu perkembangan semasa.
4. Siasatan 1MDB
Saya yakin panel penilai operasi tidak akan membuat kenyataan, sehingga mereka kumpul bukti yang cukup untuk mendakwa Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.