KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengkaji sistem baharu yang mampu menampung kehilangan besar kepada pendapatan kerajaan jika cadangan pemansuhan permit import (AP) diterima kelak.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata isu permit import (AP) adalah perkara yang sangat rumit kerana ia kini menjana pendapatan lebih RM1 bilion kepada kerajaan atau kira-kira RM10,000 bagi setiap AP.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata isu permit import (AP) adalah perkara yang sangat rumit kerana ia kini menjana pendapatan lebih RM1 bilion kepada kerajaan atau kira-kira RM10,000 bagi setiap AP.
“Kami masih mendalami isu ini namun ia tidak semudah yang dilihat pada dasarnya. Di peringkat MITI, sudah ada kajian tertentu berhubung isu ini yang masih belum dibentangkan kepada kerajaan.
“Masih terlalu awal bagi kerajaan untuk mempertimbangkan sebarang pilihan namun apa juga sistem yang akan diperkenalkan kita mahu ia mampu menampung kehilangan pendapatan kerajaan yang ketara itu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Pemantauan Hasil Kongres Usahawan Muda Bumiputra yang bertujuan memantau program Quickwins Kongres Muda dan pencapaiannya.
Isu pemansuhan AP mula mendapat perhatian umum apabila Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 yang diumumkan Januari lalu turut menyenaraikan pelaksanaan kajian mendalam berhubung AP untuk menilai impak terhadap penyertaan Bumiputera dalam industri automotif jika ia ditamatkan.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.