Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, July 9, 2014

ESSCOM distruktur semula

Foto
Najib bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2014 di Putrajaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail

2 komponen perkemas pengurusan keselamatan: PM

Putrajaya: Penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bertujuan memantapkan dan memperkemaskan pengurusan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menjelaskan, penstrukturan merangkumi dua komponen iaitu Pengurusan Keselamatan dan Pertahanan serta Penguatkuasaan dan Tindakan Awam.

“Komponen Pengurusan Keselamatan dan Pertahanan akan diterajui seorang Komander ESSCOM yang mengetuai tiga bahagian khusus iaitu Bahagian Perisikan, Bahagian Keselamatan dan Pertahanan serta Bahagian Operasi.

“Komander akan dibantu oleh Timbalan Komander dalam aspek pentadbiran operasi. Komponen ini bertujuan untuk menggembleng sumber agensi keselamatan bagi tujuan mempertingkatkan keberkesanan operasi.

“Sementara itu, komponen Penguatkuasaan dan Tindakan Awam akan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO. Ada tiga bahagian yang diwujudkan iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Penguatkuasaan dan Tindakan Awam serta Bahagian Khidmat Keurusetiaan,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohd Thajudeen Abdul Wahab serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESSCOM, Datuk Abd Rashid Harun.

Najib berkata, komponen kedua akan melihat kepada pematuhan undang-undang negara yang berkaitan peraturan imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, peraturan kawalan barang-barang kawalan dan perkara yang berkaitan kesejahteraan rakyat.
Mantapkan rantaian

Selaras langkah mewujudkan perjawatan Komander Pasukan Keselamatan yang akan mengetuai semua perkara berkaitan Keselamatan, Operasi dan Pertahanan, beliau mengumumkan pelantikan Abd Rashid selaku Komander ESSCOM berkuat kuasa 15 Julai ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menambah baik pengurusan ESSCOM dengan memantapkan rantaian arahan atau chain of command, meningkatkan dan memastikan pembabitan sepenuhnya setiap peringkat rakyat bersama agensi keselamatan dalam memastikan kawasan pantai timur Sabah bebas daripada pencerobohan atau jenayah.

Sementara itu, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbuka puasa dengan pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta warga universiti di Seri Perdana, malam tadi. Najib dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim Rumah Pengasih Warga Prihatin dan pelajar Permata Pintar sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat