TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, July 9, 2014

Malay tercalar : Ramasamy dan Guan Eng hanya cakap besar kenyataannya, mereka hanya memberikan 'komen cari makan' dalam politik


ibrahim_Ali_new 
PETALING JAYA: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai cabaran mereka untuk membawa semula tragedi 13 Mei itu hanyalah sebagai cakap besar pemimpin itu, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Menurutnya, kedua-dua pemimpin tersebut hanya bercakap bagi menunjukkan bahawa mereka hebat dan berani.


“Kenyataan mereka itu hanyalah komen cari makan politik dan kalau tidak takut, tidak mengapa, kerana orang Melayu ‘baik-baik’.

“Sebab itu ramai orang yang datang ke Malaya dari dulu hingga sekarang dan apabila menjadi Malaysia, lebih ramai yang datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Ibrahim, apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan supaya jangan dibiarkan tragedi 13 Mei berulang, mengapakah Lim Kit Siang tidak senang duduk dan membuat bising.

“Relax la, sebab Ramasamy kata tidak takut. Tahniah kerana tidak takut. Saya sendiri tidak tahu sama ada saya takut atau tidak, tetapi jangan terlalu angkuh. Ingat, di mana langit dijunjung, di situ bumi di pijak dan beringatlah bahawa Melayu pantang di cabar.

“Silakan, kerana kita (orang Melayu) tidak akan memulakannya dahulu, kerana kita patuh dan hormat kepada undang-undang. Tetapi pantang orang Melayu, bila orang menjual pasti kita membeli,” katanya tegas.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat