Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, June 20, 2014

Terkini: Azilah Hadri ditangkap khalwat.

Gambar sekadar Hiasan sahaja.

Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. 

Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Azilah Hadri ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.


Azilah yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi. Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.

Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur. 

Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya. 

“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. 

Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya. 

Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006. Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. 

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-suspek-kes-bunuh-altantuya-ditangkap-khalwat-dengan-polis-wanita#sthash.KmmIjr8N.dpuf

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat