Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, June 20, 2014

Mutakhir:Wanita di bunuh ada hubungan cinta dengan Abang Ipar.

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang dipercayai mempunyai hubungan cinta dengan abang iparnya, ditemui mati disyaki dibunuh lelaki terbabit, di sebuah hotel bajet dekat Kelana Jaya, semalam.

Mayat mangsa berusia 22 tahun itu, ditemui dalam keadaan bogel dan berselimut di atas tilam dengan kesan lebam pada leher dipercayai akibat dicekik suspek berusia 26 tahun, yang menghilangkan diri selepas kejadian.

Suspek mahu bunuh diri

Mangsa ditemui oleh ahli keluarganya dalam bilik tingkat satu hotel berkenaan, selepas mereka bergegas di situ sejurus mendapat panggilan telefon daripada suspek yang sebelum itu turut memberitahu akan membunuh diri.


Suspek dikesan mendaftar masuk hotel itu mulai jam 4 petang kelmarin, sebelum rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merekodkan visual dia membawa mangsa ke bilik itu beberapa minit kemudian.

Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari biliknya secara sendirian mulai jam 11 pagi semalam, sebelum memberitahu petugas kaunter hotel itu bahawa dia ingin meneruskan sewaan bilik sambil menjelaskan bayaran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa oleh orang awam, jam 4 petang semalam.

Tiada senjata ditemui

“Mangsa ditemui mati dalam keadaan bogel dan dipercayai dibunuh, berdasarkan kepada kesan lebam pada leher. Siasatan awal mendapati tiada sebarang senjata dalam bilik hotel dan mangsa dipercayai dibunuh antara jam 12 tengah malam tadi sehingga jam 11 pagi ini.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat