TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, June 19, 2014

Peniaga kain mati ditetak dekat Pasar Chowrasta

GEORGETOWN: Seorang peniaga kain mati ditetak di hadapan kedainya berhampiran Pasar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini.

Mayat Mohamed Badusha Kalandar Masthan, 41, ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan parah di leher, muka serta seluruh badan pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata peniaga kain itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki yang berniaga bunga di belakang premisnya.

"Pertengkaran itu menjadi pergaduhan serius sehingga menyebabkan kematian mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek telah menyerah diri Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tidak lama selepas kejadian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya.

BERNAMA.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat