KOTA ISKDANDAR: Susulan daripada Laporan Ketua Audit Negera yang
dikeluarkan baru-baru ini, Kerajaan Johor akan mengenakan tindakan tegas
kepada mana-mana penjawat awam di negeri ini yang didapati terlibat
dalam penyelewengan semasa melaksanakan tugas mereka.
Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Ismail Karim berkata, mereka
yang melanggar peraturan perkhidmatan awam termasuk penyelewengan akan
dikenakan tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Penambahbaikan yang
terdapat di jabatan masing-masing.
Katanya, Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil jabatan-jabatan dalam
kerajaan dan dipengerusikan oleh SUK akan mengkaji jika terdapat salah
laku yang dilakukan oleh penjawat awam di negeri ini.
“Jawatankuasa ini akan mengkaji semua laporan audit yang berkenaan sama
ada kes yang membabitkan penyelewengan. “Denda atau pun tindakan keras
kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan sekiranya
berlaku kes prima facie terhadap laporan audit berkenaan, maka tinddakan
mahkamah atau pun dirujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.
“ Pegawai-pegawai yang terlibat juga tidak akan menerima kenaikan gaji, pangkat atau apa-apa juga ganjaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan Laporan Ketua Audit
Negara yang diadakan di pejabatnya di sini hari ini. Dalam Laporan
Ketua Audit Negara siri 2 2013 mendapati kos penyelenggaraan kenderaan
di bawah Pejabat SUK Pengurusan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor
yang tinggi.
Mengenai perkara itu, Ismail menjelaskan, laporan tersebut merupakan
sampel, bukan semua kenderaan dan ia melibatkan beberapa jabatan
terpilih sahaja.
Jelasnya lagi, semakan Audit terhadap daftar perbelanjaan Pejabat SUK
Pengurusan pada tahun 2011 hingga 2013 mendapati kos penyelenggaraan
berbanding dengan kos perolehan bagi 13 buah kenderaan adalah di antara
39 hingga 95 peratus.
“Ini berlaku kerana kenderaan-kenderaan tersebut kebanyakkanya
digunakan oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan penggunaannya
lasak dan di tahap maksimum.
“Tambahan pula rata-rata kenderaan tersebut sudah melebihi usia lapan
tahun dan sepatutunya ia sudah diganti dengan kenderaan baru setiap lima
tahun sekali,” katanya.
Kata Ismail lagi, semua jabatan sudah diarah untuk memantau dengan
lebih terperinci mengenai penyelenggaraan kenderaan mengikut jabatan
masing-masing.
Pihaknya juga memutuskan agar semua kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan akan di hantar ke pusat servis kenderaan berkenaan.
“ Jika Proton kita hantar ke pusat servis Proton, jika Honda kita
hantar ke pusat servis Honda dan sebagainya. "Ini bagi membolehkan kita
memantau rekod peneyelanggaran berkeadaan baik dan mengelakkan
penggunaan alat ganti tiruan,” katanya.
Hadir sama ialah Pegawai Kewangan Negeri, Marsan Kassim
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.