Buat julung kalinya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) akan bekerjasama dalam melaksanakan satu siri latihan udara gabungan Eksesais Cope Taufan dan Eksesais Teak Mint 2014.
Latihan yang bermula 6 Jun dan berakhir pada Jumaat ini melibatkan penggunaan Pangkalan Udara Butterworth, ...Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Kuantan.
Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais TUDM, Mejar Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, latihan tersebut bakal memberi peluang kepada kedua belah pihak bagi memantapkan pelaksanaan operasi udara masing-masing.

Program ini merupakan peluang terbaik kepada kedua belah pihak dalam menjalankan latihan bersama di samping bertukar pendapat serta memperoleh pengetahuan baharu.
Pihak kami berharap, melalui program latihan bersama seumpama ini dapat mengukuhkan persefahaman dan hubungan antara TUDM dan USAF," katanya dalam sidang akhbar sempena Hari Media Ex Cope Taufan dan Teak Mint 2014 baru baru ini.
Yang turut hadir, Komander ke-11 USAF Kawasan Asia Pasifik (PACAF), Leftenan Jeneral Russel J. Handy.
Sebelum ini, latihan udara yang dilakukan secara berasingan sejak 20 tahun lalu antara dua buah negara itu kini digabungkan bagi mengoptimumkan penggunaan aset dan elemen-elemen udara daripada kedua angkatan yang melibatkan penggunaan pesawat-pesawat pejuang, pengangkut serta juga helikopter.
Affendi Buang, (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Russel J. Hardy (kiri).
TUDM turut menghantar pesawat-pesawat pejuang antaranya, Sukhoi Su-30 MKM, F/A 18D Hornet, Hawk, MiG-29N, helikopter EC 725 dan Nuri serta pesawat pengangkut C130H sementara USAF pula menghantar pesawat pejuang dan juga pengangkutnya seperti pesawat pejuang F22 Raptor yang pertama kali akan memasuki ruang udara negara dan F15 C/D serta pesawat pengangkut seperti pesawat C17 Globe Master.
Dalam pada itu, Handy berkata, latihan seumpama itu akan mengukuhkan lagi hubungan sedia antara USAF dan TUDM.
Saya yakin latihan gabungan ini bukan sahaja memberi peluang pihak kami berkongsi pengalaman mengenai keselamatan udara malah dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kestabilan dan keselamatan sesebuah negara.
Peranan pasukan keselamatan udara amat penting kerana mereka memainkan peranan jika berlakunya sebarang kejadian tidak diingini seperti bencana alam dan sebagainya. Dengan adanya program ini, kita berharap tentera udara dari negara lain turut menyertai latihan ini pada masa akan datang," katanya.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.