Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Saturday, December 28, 2013

Sertai perhimpunan guling kerajaan Mahasiswa diingatkan tidak libatkan diri.

MUAR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mengingatkan mahasiswa yang sedang bercuti semester supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan guling kerajaan pada malam sambutan tahun baru.

Razali, yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, sebaliknya meminta mereka menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti berfaedah.

"Kalau benar-benar mahasiswa bijak, mereka tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan ini kerana untuk menurunkan sesebuah kerajaan boleh dilakukan pada masa pilihan raya," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang yang mahu menganjurkan himpunan haram itu membuktikan mereka dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan rakyat.

Pihak berkenaan tidak perlu menunggu sambutan tahun baharu untuk mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan sekiranya mereka benar-benar mendapat sokongan rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Muar, di sini hari ini.

"Mereka mahu mengadakan perhimpunan haram pada hari itu kerana mereka tahu orang ramai pada kebiasaannya keluar untuk menyambut ambang tahun baru.

"Mereka mahu menunjukkan bahawa rakyat menyokong mereka tetapi sedangkan tidak ada isu yang boleh dijadikan asas untuk menggulingkan kerajaan," katanya. - BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat