TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, December 28, 2013

Berdepan hukuman mati 3 pegawai KDRM

3 pegawai KDRM berdepan hukuman mati  
Tiga pegawai KDRM berdepan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Majistret, semalam. - Foto Hazreen Mohamad
 
Tertuduh didakwa edar heroin seberat 1.5kg

Seremban: Tiga pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berdepan hukuman mati apabila didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
 
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Penolong Kanan Pengarah Kastam, Wee Sew Him, 58, dan dua Pegawai Kastam Kanan, Bahara Mansor, 58, dan Syafizal Mahmud, 36.
 
Hasil operasi khas di Nilai dan Lembah Klang antara 14 dan 16 Disember lalu, polis merampas dadah bernilai RM14 juta” Mohd Bakri Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

Mereka didakwa bersama mengedar heroin seberat 1.5 kilogram di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat KDRM, Jalan Ciku Tengah, Kampung Jijan Tengah, Nilai dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam, 15 Disember lalu.

Tak dibenar ikat jamin

Semua tertuduh yang tidak dibenarkan ikat jamin, boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Sew Him tidak diwakili pe guam, manakala Bahara dan Syafizal diwakili Rosal Azimin Ahmad. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 3 Mac depan sementara menunggu laporan Jabatan Kimia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, pada 17 Disember lalu, mengumumkan penahanan 11 orang, termasuk empat pegawai KDRM yang dipercayai terbabit dalam dua sindiket penyeludupan dadah antarabangsa didalangi warga Nigeria dan India.

Katanya, hasil operasi khas di Nilai dan Lembah Klang antara 14 dan 16 Disember lalu, polis merampas dadah bernilai RM14 juta.

Berikutan itu, Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad, memberi jaminan pihaknya akan memberi kerjasama kepada polis dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pegawai agensi itu yang terbabit dalam penyeludupan dadah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat