TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 17, 2013

Rumah Tol Akan di robohkan tahun hadapan kerajaan Perihatin Rakyat ?

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pemegang konsesi lapan lebuh raya utama di negara ini tidak terbabit dengan kenaikan tol yang dikatakan bermula tahun depan.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, tujuh lebuh raya lain di bawah syarikat itu ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Perjanjian konsesi tamat 2016

“Lebuh raya PLUS tidak terbabit, mungkin lebuh raya lain kerana perjanjian konsesi sedia ada di antara PLUS dengan kerajaan hanya akan tamat 2016 berbanding 25 lagi syarikat konsesi,” kata sumber syarikat itu kepada BH semalam, namun enggan mengulas lanjut.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dilaporkan berkata kenaikan kadar tol dijangka tahun depan sejajar dengan perjanjian di antara kerajaan dan pemegang konsesi. Bagaimanapun, kenaikan itu dijamin secara sistematik bagi memastikan pengguna tidak memikul beban.

Antara lain, perjanjian berkenaan mewajibkan kadar tol disemak semula untuk dinaikkan pada 2011, tetapi kerajaan mengambil inisiatif membayar pampasan RM400 juta bagi mengekalkan kadar sedia ada sejak dua tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat