Baca dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka. Ianya mungkin panjang namun amat berguna demi kesatuan ummah!
Banjir adalah bencana. Banjir juga sebagi ujian dan dugaan daripada Alah bagi menguji kesabaran dan kekuatan iman hamba-hambaNya. Ada yang menjadi mangsa banjir hilang kesabaran dan kewarasannya. Namun apa yang utama adalah bersyukur kepada Allah swt dan redha dengan ketentuanNya, Insha Allah akan bertambah iman dan takwa. Yakin dan percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah terbaik buat semua!
Masihkan kalian ingat tentang kisah roti? Kekadang di saat kita senang kita tidak pandang pun tentang biskut kering atau sardin. Tapi di saat banjir itulah menjadi hidangan paling nikmat! Maknanya jangan memandang rendah kepada sesuatu atau seseorg kerana suatu hari nanti pasti kita memerlukannya!
Kisah Menteri Besar, pemandu lori dan pemilik roti Gardenia mungkin semakin kita lupakan. Ada sesuatu yang menarik tentang kisah ini sebenarnya!
Pelbagai kutukan dan hinaan kita berikan tentang Menteri Besar Terenganu ini. Kenapa? Kerana banyak sangat cerita rekaan dan palsu yang disebarkan termasuklah oleh kita walhal kita tidak mengenali langsung peribadinya pun.
Itulah yang sering kita lakukan kepada pemimpin-pemimpin yang lain sehingga seolah-olah hanya yang buruk sahaja ada pada pemimpin negara! Akibatnya, ramai rakyat yang benci kepad mereka walhal segala cerita dan berita yg dibawa kebanyakannya dusta dan nista semata.
Percayalah bahaw dalam setiap diri manusia pasti ada kebaikannya. Ambillah kebaikan yang ada. Terima kasih buat MB Terenganu kerana tanggungjawab segera membantu mangsa yang tersekat dalam banjir!
Pemandu Roti Gardenia. Pemandu ini seorg yang jujur pada tugasannya. Beliau tetap tidak membuka lori roti sehingga MB Terengnu yang kebetulan lalui kawasan tersebut menelefon pengurusnya dan memborong semua roti Gardenia untuk mangsa yang tersekat di jalanraya kerana banjir!
Pemilik roti Gardenia. Siapakah pemilik roti Gardenia yang menghalalkan semua roti di makan mangsa banjir dan menolak bayaran oleh MB Terenganu? Orangnya adalah suatu nama yang sering dihina dan dikutuk pembangkang dalam Parlimen dan ceramah-ceramahnya. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Beliau adalah satu-satunya orang Melayu dalam 10 kedudukan sebagai orang paling kaya di Malaysia namun sikapnya amat "low-profile".
Pembangkang dan rakyat dihasut oleh Cina DAP supaya membenci sesama Melayu sehingga mereka lupa bahaw 9 orang lagi yang terkaya di Malaysia itu bukannya berbangsa Melayu! Kenapa Syed Mokhtar sahaja yang menjd mangsa? Apakah kerana beliau kaya dan berbangsa Melayu?
Menarik untuk dikongsi mengenai kisah hidup Syed Mokhtar yang asalnya adalah anak orang miskin setakan belajar hingga Tingkatan 5 namun berjaya menjd antara orang terkaya melalui segala usaha yang gigih. Mendaki dari tangga ke tangga hingga ke puncak kekayaan namun perangai dan sikapnya tetap tak berubah. "Cool dan humble".
Syed Mokhtar adalah antara individu yang paling banyak membantu meningkatkan syiar Islam, sosial dan ekonomi ummah. Syed Mokhtar membantu beratus anak yatim dan miskin juga anak-anak orang Islam Palestin dll. Dibiayai kos pengajian dan asrama bahkan berjuta wang dihabiskan bagi tujuan ini melalui dana yang disalurkan melalui Yayasan al-Bukhari.
Deretan kedai Al-Souq, Alor Star diberikan ruang untuk orang-orang Islam yang susah meniaga dengan percuma dan ada sewaan yang amat sedikit nilainya.
Mengapa kita sering menghina sesama bangsa dan agama walhal kita langsung tidak mengenali peribadi dan sikap sebenar empunya diri. Justeru, belajarlah meningkatkan iman. Bersyukurlah menjadi anak Melayu di bumi bertuah Malaysia.
Hanya Melayu sahaja yang mampu menolong Melayu sedang orang lain hanya sekadar menyedut hasil kita. Ayuh bersatu demi ummah. Lupakan semangat kepartian kerana PARTI hanya alat untuk mendapatkan kuasa. BERSATULAH BANGSAKU. Berhati-hati dengan agenda halus DAP.
Tahniah Syed Mokhtar kerana berjiwa seperti Abu Bakar RA, kekayaan yang digunakan demi kebaikan ummah!
Sokong barangan buatan orang Islam. Belilah produk milik umat Islam. Makan Roti GARDENIA. Masak guna minyak SAJI. Gosok gigi guna Ubat Gigi MUKMIN. Dan lain-lain lagi. Ayuh bersatu menyokong sesama Islam. Takbir!
Sebarkan maklumat ini utk perkongsian bersama supaya saudara seagama kita sedar dan tidak akan mudah terpedaya dgn mainan licik musuh-musuh Islam yang cuba memecah-belahkan kita. Ayuh BERSATU!
Ikhlas demi agama dan bangsa, GerakanRakyatPrihatin (GRP)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.