Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, December 17, 2013

Mutakhir : MB Johor mohon kerjasama Bank Negara Malaysia urusan Rumah Mampu Milik

Memohon kerjasama pihak-pihak berkaitan antaranya pihak Bank Negara Malaysia untuk membantu mempermudahkan urusan mendapatkan kemudahan pembiayaan akhir dari institusi- institusi kewangan yang beroperasi di Negeri Johor terutamanya kepada pembeli-pembeli hartanah di bawah kategori Rumah Mampu Milik. Pihak Kerajaan Negeri sedia untuk mengadakan rundingan lanjut bagi menjayakan hasrat ini.


Pemaju pula hendaklah mengambil sikap bertanggungjawab untuk menyelaraskan pembinaan rumah kos rendah atau sederhana rendah dan rumah mampu milik seiring dengan pembinaan rumah yang berstatus harga tinggi supaya segala matlamat yang telah disasarkan tercapai mengikut masa yang telah ditetapkan. Atas tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah memberi garis panduan bagi memastikan pembinaan perumahan mampu milik selari dengan pembinaan kategori lain. Ini dikuatkuasakan melalui perjanjian tri-parte antara Kerajaan Negeri, pemaju dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Manakala Pihak SUK Perumahan dan jabatan serta semua agensi berkaitan perumahan hendaklah memastikan supaya tahap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dipertingkatkan supaya rakyat akan berasa yakin terhadap mutu perkhidmatan yang disediakan bagi menepis sebarang persepsi negatif daripada masyarakat.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat