TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, November 21, 2013

Terkini : Perwakilan Pemuda PAS puji UMNO

Perwakilan Pemuda PAS puji taktik UMNO rekrut ahli baru 

KETUA Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi (kiri) serta Timbalannya, Nik Mohd Abduh Nik Aziz (dua dari kiri) bersama perwakilan membuang undi pada pemilihan Kepimpinan Pemuda PAS pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-54 di Dewan Sivik Petaling Jaya, hari ini. - Foto Saifullizan Tamadi
 
Perwakilan Pemuda PAS Tumpat hari ini memuji taktik UMNO dalam memikat hati remaja dan belia untuk menganggotai parti itu.

Azhar Ibrahim berkata, sebaik sahaja seseorang itu genap 18 tahun, UMNO akan terus mendekati mana-mana individu untuk menyertai mereka dan semangat ini tidak ada dalam PAS.
 
"Kita tidak nampak perkara ini (dalam parti). Malah saya sendiri banyak kali bawa isu ini ke peringkat cawangan, kawasan, mahupun negeri.

"Perkara ini perlu dilakukan untuk memperkasakan parti Pas dan jangan tumpukan pada program untuk parti sahaja," katanya ketika sesi pembentangan laporan tahunan dan penyata kewangan Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan kepimpinan pengurusan Pemuda parti berada di tahap rendah dan mereka yang dilantik (kepimpinan baharu) nanti mampu berfikir dan merancang pembaharuan.

"Bayangkan, (wujud masalah) ada yang tidak terima nombor keahlian selepas sudah mendaftar. Selain masalah itu, hari ini pula ingin undi tetapi senarai nama tiada.

"Pengurusan meme (memang) lemah. Kita mari (datang) dari jauh, hendak undi, tapi jadi macam ini. Nok (nak) maroh (marah) tapi ore-ore (orang-orang) PAS sendiri," katanya.
Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Tebrau, Johor pula membidas Pemuda PAS Pusat kerana dilihat mengabaikan penyokong bukan Islam parti itu khususnya membabitkan kebajikan kumpulan berkenaan.

Shamsul Bakti berkata sayap parti itu tidak mengambil berat mengenai keperluan dan kebajikan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang mula ditubuhkan pada 2010.

"Banyak aspek diabaikan termasuk dalam soal mengiktiraf dan mendekatkan diri mereka dengan Islam. Perkara paling mudah ialah kita gagal menyediakan kad keahlian PAS.

"Kita kena faham ahli bukan Islam ini mahu bukti yang mengiktiraf penglibatan mereka dalam parti ini," katanya.

Oleh itu, katanya, Pemuda PAS seharusnya memainkan peranan dengan mendekati ahli DHPP agar Islam tidak dilihat eksklusif kepada penganutnya sahaja.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-54 membuka tirai secara rasminya pagi ini dengan dihadiri 673 perwakilan dari 162 kawasan yang telah menjalankan tanggungjawab mengundi.

Dewan Pemuda PAS menyaksikan pertandingan untuk jawatan tertinggi dewan, termasuk Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Pemuda.

Keputusan pemilihan akan diumumkan selewat-lewatnya malam ini. Kita nantikan mlm ini ya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat