TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, November 21, 2013

Tarif elektrik diumum tahun depan.

Hasil kajian semula tarif elektrik diumum tahun depan

Kerajaan akan mengumumkan hasil kajian semula tarif elektrik tahun depan, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar).

Beliau berkata, proses kajian itu sudah mencapai 50 peratus dan apabila disempurnakan, ia akan dibentangkan ke Kabinet sebelum pengumuman dibuat.
 
“Sebarang keputusan kenaikan tarif bergantung kepada hasil kajian yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan,” katanya selepas melancarkan Persidangan Elektrikal Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM) dan Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET) 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Turut hadir Pengerusi Bahagian Kejuruteraan Teknikal Elektrik IEM, Ir Lam Sing Yew dan Timbalan Presiden IEM, Datuk Ir Lim Chow Hock.

Mahdzir berkata, kajian yang dilaksanakan oleh KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan PETRONAS akan melalui proses kelulusan termasuk oleh kementerian dan Majlis Ekonomi sebelum dibentangkan ke Kabinet.

Ambil kira kos bahan api

“Kerajaan melaksanakan kajian komprehensif berhubung tarif kerana mengambil kira kesan kepada kos bahan api dan mentah hingga kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata, tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna bagi 200 kilowatt pertama adalah 28 sen bagi setiap kilowatt atau jumlah keseluruhan yang ada dalam bil tidak melebihi RM56.

Katanya, penetapan tarif itu juga mengambil kira harga pasaran gas yang dijual oleh PETRONAS kepada TNB iaitu RM13.70 bagi sejuta metrik unit thermal British (mmBtU) yang mana jauh lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu sebanyak RM48 mmBtU.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat