Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, November 21, 2013

Mutakhir : Alvin, Vivian menghina Agama Islam gagal batal tuduhan

Hina Islam: Alvin, Vivian gagal batal satu daripada tiga tuduhan  

ALVIN Tan dan Vivian Lee, keluar dari Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur selepas memberi keterangan di Pejabat Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Julai lalu. - Foto Arkib NSTP/Sairien Nafis
 
Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang sebelum ini mencetuskan kemarahan kerana didakwa menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook (FB), Julai lalu, gagal dalam permohonan untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka.

Mereka didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan berlainan agama.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kamardin Hashim dalam penghakimannya, berkata tiada merit dalam permohonan pemohon dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah terpakai kepada semua penganut agama, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.
 
MTMR harap Mahkamah boleh beri hukuman maksima sebab isu agama jika di mainkan boleh menjadi mudarat kepada Negara.
 
Bayangkan sekiranya ketika itu orang membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan Negara Malaysia ada undang-undang rasanya Alvin dan Vivian tidak berpeluang melihat bulan dan matahari.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat