TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, November 27, 2013

Rantau Panjang: Lelaki parah 7 kali ditikam sepupu

Seorang lelaki cedera parah, ditikam dengan pisau oleh sepupunya, susulan perbalahan dua keluarga dalam kejadian dekat pangkalan haram Lubok di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Mohd Nafiza Mohd Zain, 34, cedera parah di badan dan kaki akibat serangan sepupunya berusia 26 tahun itu.
 
Akibat kecederaan itu, mangsa dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Pasir Mas (HPM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Bapa mangsa, Mohd Zain Mohd Noor, 59, tidak menyangka perselisihan faham antara anaknya itu dengan keluarga menantu, berakhir dengan serangan berdarah itu.

Tikam dengan pisau

Kelmarin, berlaku pertengkaran antara menantu perempuan saya yang menegur Nafiza kerana satu perkara, yang kemudian berlarutan apabila berlaku campur tangan kedua-dua keluarga.

Saya sangka pertengkaran berakhir begitu saja, tanpa menyangka berlarutan apabila suspek yang juga anak saudara mengambil tindakan luar jangkaan dengan menikam Nafiza menggunakan pisau, katanya ketika ditemui di HPM, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, berkata susulan kejadian itu, polis sedang memburu suspek yang sudah dikenal pasti itu bagi membantu siasatan.

Mangsa ditikam tujuh kali di bahagian badan serta kaki. Doktor menyifatkan mangsa bernasib baik kerana tikaman yang dialaminya tidak terkena pada organ dalaman, katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat