TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, November 27, 2013

COMANGO : Dewan Rakyat tolak usul bahas

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) bagi membincangkan tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) membawa laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata, usul itu ditolak kerana beliau difahamkan kerajaan mengambil maklum dan meneliti semua cadangan yang dikemukakan kepada Malaysia semasa proses semakan daripada Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada 28 Oktober lalu.
 
"Dalam hal ini kerajaan menjelaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan tuntutan persatuan atau mana-mana pihak yang membelakangkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia termasuk yang berkaitan dengan perundangan syariah di Malaysia.

"Perkara ini juga dibincang dengan panjang lebar dan dijawab oleh Kementerian Luar dan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 11 November lalu, dan dengan itu perkara ini tidak perlu lagi disegerakan.

"Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa usul ini ditolak di bawah perkara 18(2) Peraturan Mesyuarat 18(1)," katanya selepas selesai sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

COMANGO yang terdiri daripada gabungan 54 badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, antara lain menuntut kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan keIslaman seseorang itu.

Selain itu, COMANGO menuntut menghapuskan undang-undang jenayah syariah yang sedang berkuat kuasa; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju.

Sementara itu, Noh pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu mencadangkan isu tuntutan COMANGO dijadikan sebagai topik utama muzakarah antara PAS dan UMNO selepas wakil rakyat dari kedua-dua parti lantang mengecam tuntutan NGO berkenaan.

Beliau juga menuntut supaya siasatan segera dilakukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan status 54 NGO itu, selain mahu kerajaan menyiasat individu di sebalik pertubuhan yang jelas membuat tuntutan bercanggah dengan Islam serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat