TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, November 27, 2013

Intip : Malaysia ada langkah pastikan maklumat penting negara terjaga - Shabery

Malaysia mempunyai langkah tindak balas keselamatan yang efektif dalam memastikan maklumat penting negara terpelihara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bagaimanapun, beliau berkata langkah itu tidak boleh didedahkan kepada umum bagi menjamin keselamatan negara secara keseluruhannya.
 
"Sudah pasti kita tidak boleh dedahkan apakah langkah dan strategi keselamatan yang kita ambil kerana jika didedahkan, kami mendedahkan diri kami kepada musuh yang berpotensi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Komunikasi Malaysia (MICC 2013) ke-11 di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita baru-baru ini mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden yang mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian dan pakar dalam bidang berkaitan mengenai cara terbaik mengelak ancaman pengintipan di ruang siber negara ini.

"Kita ambil berat tentang isu pengintipan ini dan kita sedih sekiranya dilakukan negara yang dianggap negara sahabat. Kita tidak senang sama sekali dengan perbuatan itu," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata sektor komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) dijangka menyumbang 12 peratus kepada ekonomi negara tahun ini.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam membangunkan sektor ICT dan seterusnya mencapai sasaran 17 peratus sumbangannya terhadap ekonomi negara menjelang 2020.

Katanya, kerajaan juga sudah mengenal pasti beberapa subsektor bidang ICT yang boleh menjana pendapatan kepada negara termasuk dalam membangunkan kandungan dan aplikasi.

"Bidang pembuatan dalam sektor ICT agak merosot sekarang ini kerana kos buruh yang agak tinggi, begitu juga dengan bidang perkhidmatan tumpuan kita pada masa akan datang ialah dari segi membangunkan aplikasi dan isi kandungan yang boleh digunakan oleh masyarakat dunia," katanya.

Ahmad Shabery berkata antara yang boleh dibangunkan ialah aplikasi telefon mudah alih melalui penghasilan karya animasi yang boleh dieksport dan seterusnya menjana pendapatan negara.

Beliau menarik perhatian kejayaan penyedia kandungan industri kreatif negara memperoleh urus niaga bernilai kira-kira AS$70 juta di Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia 2013 di Cannes, Perancis, Oktober lalu.

Katanya selain galakan, kerajaan turut menyediakan insentif khas termasuk pemberian rebat kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam membangunkan kandungan dan aplikasi.

Mengenai MICC 2013 yang berlangsung tiga hari bermula semalam, beliau yakin ia mampu menjadi platform penting kepada penyelidik dan pakar dalam bidang ICT untuk bertukar pendapat dan berkongsi hasil kajian masing-masing bagi memajukan lagi bidang itu di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat