Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Sunday, November 24, 2013

Negara bakal menjadi terminal simpan minyak mentah

Dialog Group Bhd dan Concord Energy Pte Ltd akan menjalankan kajian kemungkinan mengenai cadangan pembangunan terminal simpanan minyak mentah dan produk petroleum di Pengerang, Johor.

Kajian itu akan mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan, manakala pembangunan dicadangkan melibatkan kapasiti penyimpanan eksklusif sehingga dua juta meter padu (m3).

Kemudahan jeti laut dalam akan dibina untuk membolehkan Kapal Pengangkut Minyak Mentah Raksasa berlabuh dan diakses oleh Concord Energy.

“Kami yakin dengan sokongan dan komitmen rakan kongsi yang ada, Concord Energy dan pelabur masa depan, Pengerang boleh diubah menjadi ‘Rotterdam Timur’ dan terkenal di arena global,” kata Pengarah Urusan Kumpulan DIALOG bagi Operasi Perniagaan Malaysia, Mustaffa Kamal Abu Bakar dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Pembangunan dicadangkan itu adalah sebahagian daripada projek Terminal Petroleum Laut Dalam Pengerang (PDPT).

Ketika ini, fasa satu projek PDPT dimiliki oleh Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd, usaha sama antara DIALOG, Royal Vopak and State Secretary, Johor (Incorporated), pada peringkat kemajuan pembangunan. - BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat