Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Sunday, November 24, 2013

GST : Hanya Peniaga Jualan kasar RM 500.000.00

Pekeliling panduan harga dikeluarkan  

Pengguna boleh memantau jika terdapat peningkatan harga barangan atau perkhidmatan yang tidak selaras dengan perubahan harga yang disenaraikan. - Gambar hiasan
Kastam maklum pada orang ramai babitkan 925 item sebelum, selepas GST dilaksana

Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengeluarkan senarai pekeliling panduan harga barangan dan perkhidmatan membabitkan 925 item dalam tempoh tiga bulan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.
Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Mohammad Sabri Saad, berkata senarai panduan itu penting untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai perubahan harga sebelum dan selepas GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang lazim digunakan.

Beliau berkata, ia akan menjadi garis panduan kepada orang ramai untuk melihat peratusan peningkatan atau penurunan harga barangan dan perkhidmatan apabila GST dilaksanakan kelak.

Katanya, harga barangan dan perkhidmatan akan mengalami perubahan susulan pengenalan kadar GST pada enam peratus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa pada kadar 10 peratus dan enam peratus.

Pengguna boleh pantau

“Senarai panduan itu juga membolehkan pengguna memantau jika terdapat peningkatan harga barangan atau perkhidmatan yang tidak selaras dengan perubahan harga yang terdapat dalam senarai itu.

“Jika terdapat kenaikan harga yang melampau, orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan yang berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat mengenai “Pelaksanaan GST : Menjamin Kesejahteraan Rakyat” di Shah Alam semalam.

Mohammad Sabri berkata, pelaksanaan GST membolehkan Jabatan Kastam mengutip cukai tambahan berjumlah antara RM5 bilion hingga RM6 billion setahun berbanding pelaksanaan sistem SST.

Beliau berkata, menerusi SST, jabatan itu berjaya mengutip cukai tahunan berjumlah antara RM16 bilion hingga RM17 bilion.

Mohammad Sabri menegaskan, pelaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah kerana barangan keperluan dikecualikan GST.

Lagipun, katanya, GST bukan sistem cukai baru sebaliknya ia adalah menggantikan sistem cukai SST.

“Saya tidak nafikan akan ada peningkatan dari segi Indeks Harga Pengguna (IHP) apabila GST diperkenalkan kerana terdapat sesetengah barangan dan perkhidmatan yang ketika ini tidak dikenakan cukai akan dikenakan cukai yang mana akan memberi kesan kenaikan sekali saja dari segi harga,” katanya.

Susun semula cukai

Mohammad Sabri juga menjelaskan bahawa pengenalan GST adalah sebahagian daripada usaha penyusunan semula cukai oleh kerajaan dan ia lebih berkesan, cekap, mesra perniagaan, telus dan mampu menjana sumber pendapatan yang lebih stabil.

Beliau menegaskan hanya perniagaan dengan jualan kasar lebih RM500,000 setahun saja dikenakan GST sementara perniagaan kecil-kecilan dikecualikan cukai itu.

Mengenai isu peningkatan harga melampau, Mohammad Sabri berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2010 untuk membendung perkara itu.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat