TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, October 24, 2013

Timbalan CEO Johor Port mengaku tidak bersalah dua pertuduhan rasuah

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Port, Mohamad Hanafiah Abu Mansor, 47, tidak mengaku bersalah atas dua pertuduhan rasuah membabitkan projek bernilai RM2.7 juta, empat tahun lalu.

Mohamad Hanafiah yang ketika itu menjawat jawatan Naib Presiden Iskandar Invesment Berhad (IIB) dan CEO Medini Iskandar (M) Sdn Bhd, didakwa meminta suapan 10 peratus daripada harga projek 'The Proposed Construction and Completion of Kampung Sungai Pendas-Alternatif Villager's Logistic Road For Medini Development Iskandar Malaysia.
 
Suapan itu diminta daripada Mohd Zulkifli Arif, kononnya untuk Mohd Amin Suhaimi sebagai dorongan mendapatkan projek terbabit membantu Syarikat Segi Mulia Sdn Bhd di sebuah restoran di Danga Bay pada pertengahan Jun 2009.


Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima rasuah RM25,000 daripada Mohd Zulkifli kononnya untuk Mohd Amin bagi membantu Syarikat Segi Mulia Sdn Bhd mendapat kontrak pembinaan dan menyiapkan jalan alternatif Kampung Pendas Laut antara jam 3 hingga 4 petang di kawasan letak kereta belakang pejabat Iskandar Investment Bhd, Danga Bay pada awal Januari 2010.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat