TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, October 24, 2013

Riyadh beri amaran kepada AS.


Riyadh beri amaran kepada AS 

Putera Bandar bin Sultan, Ketua Pengarah Agensi Perisikan Arab Saudi.
Dasar luar Obama terhadap Iran, Syria dipertikai

Doha: Hubungan Amerika Syarikat dan Arab Saudi berisiko menjadi tegang berikutan kekecewaan Riyadh dengan dasar luar Presiden Barack Obama terhadap Iran dan Syria.
Ketua perisikan Arab Saudi berikrar akan melakukan perubahan besar dalam hubungannya dengan Amerika sebagai membantah keengganan Amerika bertindak berhubung perang saudara di Syria selain usul ke Iran baru-baru ini, kata sumber kelmarin.
http://malaysiatransformasi.blogspot.comRiyadh beri amaran kepada AS

Berpaling daripada Amerika adalah tindakan besar. Arab Saudi tidak mahu bergantung lagi kepada Washington dalam keadaan seperti ini” Putera Bandar bin Sultan, Ketua Pengarah Agensi Perisikan Arab Saudi

AS dituduh gagal bertindak

Ketua Pengarah Agensi Perisikan Arab Saudi, Putera Bandar bin Sultan memberitahu diplomat Eropah bahawa Amerika gagal bertindak secara berkesan terhadap Presiden Bashar al-Assad atau dalam konflik Israel-Palestin, semakin rapat dengan Tehran dan gagal menyokong sokongan Arab Saudi kepada Bahrain ketika ia membanteras kebangkitan antikerajaan pada 2011, kata sumber.

“Berpaling daripada Amerika adalah tindakan besar. Arab Saudi tidak mahu bergantung lagi kepada Washington dalam keadaan seperti ini,” katanya.

Tidak jelas sama ada kenyataan Putera Bandar itu, yang menjadi duta ke Washington selama 22 tahun, mendapat sokongan penuh Raja Abdullah.
Perbalahan makin jelas

Perbalahan yang semakin jelas antara Amerika dan Arab Saudi turut ditunjukkan di Washington, yang menyaksikan seorang lagi putera kanan negara itu mengkritik dasar Obama di Asia Barat, menuduh beliau teragak-agak mengenai Syria dan perjanjian damai Israel-Palestin.

Dalam kenyataan lantangnya, Putera Turki al-Faisal, menyifatkan dasar Obama di Syria menyedihkan dan mencemuh perjanjian Amerika dan Russia untuk menghapuskan senjata kimia Assad. Beliau juga menyifatkan ia cuma muslihat Obama untuk mengelakkan tindakan ketenteraan di Syria.

“Lakonan antarabangsa untuk mengawal senjata kimia Bashar sesuatu melucukan. Ia cuma dibuat untuk memberikan peluang kepada Obama tidak melancarkan serangan, tetapi juga membantu Assad terus membunuh rakyatnya,” kata Putera Turki yang juga anggota diraja Arab Saudi dan bekas pengarah perisikan negara itu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat