TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, October 24, 2013

Najib: Cabaran untuk hidup di Malaysia.

Kos sara hidup jadi tumpuan 
 Datuk Seri Najib Razak

 
Cadangan paling banyak diterima laman web Bajet2014

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu kos sara hidup adalah cadangan paling banyak yang disalurkan orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2014.
 
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan itu sudah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan selanjutnya.

Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi isu yang amat penting. Justeru, pelbagai inisiatif diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, berikutan ketidaktentuan ekonomi global” Najib Razak, Perdana Menteri

“Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi isu yang amat penting kerana ia membabitkan kehidupan kita secara langsung.

“Justeru, pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, berikutan ketidaktentuan ekonomi global,” katanya menerusi blog www.1malaysia.com dan laman Twitternya yang bertajuk ‘Bajet 2014 : Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup,’ semalam.

Najib berkata, antara inisiatif yang disambut baik oleh rakyat setakat ini ialah pembukaan 99 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di lokasi strategik di seluruh negara.

Rancang tambah KR1M
Selain itu, Najib berkata, kerajaan merancang menambah KR1M supaya lebih banyak rakyat menikmati pembelian barang keperluan pada harga rendah.

Beliau berkata, program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) juga mendapat sambutan baik.

“Ternyata banyak rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif membantu rakyat mendapatkan makanan berkualiti dengan harga murah,” katanya.

Ajak kongsi idea

Pada 23 Ogos lalu, Perdana Menteri mengajak rakyat untuk berkongsi pandangan dan idea dalam lama web mikro #Bajet 2014.

Beliau akan membentangkan Bajet 2014 di Parlimen, esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat