TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, May 9, 2013

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT : Polis Siasat Penganjur, Pemimpin Pembangkang!!




SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis akan memanggil penganjur perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Stadium Kelana Jaya, dekat sini malam tadi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu.

Katanya, 28 daripada 33 pemimpin pakatan yang berucap pada perhimpunan itu didapati memberi ucapan berbau hasutan, yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, penganjur perhimpunan itu gagal mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu memberi notis kepada pihak polis mengenai penganjuran perhimpunan itu, 10 hari sebelum acara itu diadakan.

"12.20 tengah hari semalam kita terima notis, kita minta tunda supaya berlaku adil kepada penduduk sekitar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak penganjur tetap meneruskan perhimpunan itu dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kegusaran masyarakat sekeliling serta pengguna lebuh raya kerana sikap tidak bertanggungjawab peserta perhimpunan yang meletakkan kenderaan sesuka hati dan berlapis-lapis sehingga mengganggu aliran lalu lintas.

Tun Hisan berkata, stadium Kelana Jaya itu hanya mampu menampung 25,000 orang dan mempunyai kira-kira 700 lot parkir dan menurutnya jika pihak penganjur mengikut peraturan, pihak polis boleh mencadangkan tempat yang lebih sesuai bagi penganjuran perhimpunan itu.

"Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika berlaku kecemasan dalam keadaan lalu lintas yang sesak. Ini menunjukkan mereka ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan kesan perbuatan mereka ke atas masyarakat setempat," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat