Subs yg diperoleh oleh RMN boleh dioperasikan di mana2 kawasan lautan bergantung kepada kedalamannya ....Yang pasti...ia boleh dioperasikan di pantai timur sabah..ia boleh dioperasikan di laut china selatan dan juga di selat melaka.
Kelebihan scorpene atau mana2 kapal selam yg dijana dengan penjana diesel elektrik adalah ia lebih senyap dan lebi...h sukar dikesan di kawasan air cetek...dan kawasan perairan yg sibuk dengan aktiviti perkapalan...satu kelebihan yg ada secara tersendiri pada wilayah laut malaysia serta zon ekonomi eksklusifnya.
Kawasan2 perairan negara adalah kawasan perairan yg amat sibuk dengan aktiviti perkapalan yg pelbagai...dan merupakan sea lanes of communication yang amat vital bagi perdagangan dunia...terutama dari barat ke timur dan ke benua Amerika.
Kawasan2 perairan negara adalah kawasan perairan yg amat sibuk dengan aktiviti perkapalan yg pelbagai...dan merupakan sea lanes of communication yang amat vital bagi perdagangan dunia...terutama dari barat ke timur dan ke benua Amerika.
Laluan strategik minyak mentah dunia. Menjadi tanggungjawab Malaysia mempertahankan laluan ini dari sabotaj musuh. Dengan kehadiran kapal selam Malaysia, musuh yang ingin mensabotaj laluan ini terpaksa berfikir dua kali kerana Scorpene merupakan ancaman paling besar kepada kapal selam dan kapal perang mereka.
Selain itu...kedalaman kawasan perairan negara yg tidak sedalam lautan pasifik (kedalaman pentas benua negara adalah dalam lingkungan 150m-200m di laut china selatan...selat melaka mempunyai kedalaman 200m di utara dan paling cetek 5m dibuat..diselatan... mempunyai keadaan topografi semulajadi yang menyukarkan pengesanan kapal selam, dua perkara ini merupakan kelebihan yg dimiliki negara dan ia dieksploitasi bagi tujuan pertahanan dengan pengunaan kapal selam.
Perlu diketahui umum...kapal selam adalah aset strategik yg amat digeruni oleh mana2 armada...dari sebesar2 kuasa militer dunia hingga negara dunia ketiga...kerana satu kapal selam mampu untuk menghadang atau memusnahkan aset kritikal armada seperti kapal pengangkut atau kombatan permukaan prinsipal spt destroyer atau kruiser dengan mudah dan tanpa dikesan..meyebabkan musuh perlu berfikir dua tiga empat kali untuk cuba memasuki perairan negara dengan formasi armada yg besar...
Oleh kerana Scorpene terlalu senyap ia bukan sahaja mampu memberi ancaman kepada kapal2 perang kecil malah fleet yang paling besar pun terasa terancam.
Selain itu...teknik untuk mencari kapal selam juga bukan mudah...US sendiri perlu mempunyai deretan kapal frigat anti kapal selam lengkap dengan helikopter organik yg mampu membawa sonobuoy dan memusnahkan kapal selam...selain pengunaan pesawat rondaan maritim anti kapal selam dan juga pengunaan sonar aktif dari kapal perang permukaan...hanya untuk mencari dan memusnahkan satu kapal selam..... bayangkan Scorpene melakukan sneak attack di tengah2 armada musuh. Reaction time yang terlalu singkat menyebabkan musuh akan musnah.
Selain bertindak sebagai aset strategik...ia juga boleh digunakan untuk pengumpulan maklumat risikan..melaksanakan pemintasan komunikasi dan penyusupan pasukan khas...
Jumlah bukan segalanya...namun ia adalah kelebihan yg juga tidak boleh dinafikan... Perlu difahami peri penting pengunaan kapal selam ini bukan semata-mata untuk kegunaan counter insurgensi spt di lahad datu tp lebih kepada cegah rintang strategik kepada musuh yg mempunyai kekuatan militer yg eviden seperti PRC.
Ya...anda perlu mengatur gerak seluruh kekuatan anti kapal selam yg ada pada kapal dan pesawat untuk mencari dan memusnah sebuah kapal selam...ia satu tugas yg bukan mudah dan ini lebih menyukarkan jika nakhoda kapal selam tersebut amat cekap dan mengetahui selok belok perairan dan kawasan2 yg memberikan kelebihan kepada nya dgn mengelak dari dikesan atau membuat serangan...
Kelihatan dua buah seperti tidak mencukupi....perlu diketahui kuantiti bukanlah segalanya...kualiti adalah aspek yg perlu diambil kira dan amat ditekankan.
Foto: Senario jika berlaku perperangan. Blockade akan menyebabkan detour pada SLOC dan secara langsung menjejaskan perdagangan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.