TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, May 18, 2013

#PRU13 - HARU BIRU BARRACK OBAMA TIDAK LAYAN PERMINTAAN ANWAR.

Sebenarnya kita faham dengan kekalutan Anwar Ibrahim yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan menyerahkan 'bukti-bukti' kononnya berlaku penyelewengan besar-besaran pada PRU13, 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Apa tidaknya, Presiden Amerika Syarikat itu sendiri yang menelefon DS Najib Razak dan bukan sebaliknya. Dan Barrack Obama sendiri mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat untuk terus menerajui Malaysia.

Anwar Ibrahim sudah tentu berasa tercabar dengan inisiatif Presiden Amerika Syarikat itu yang secara tidak langsung mengiktiraf kerajaan BN Persekutuan yang baru untuk penggal 2013 - 2018.

Jika mereka yang termakan dengan kenyataan Anwar Ibrahim, mereka tentu berasa 'hebatnya si Anwar ini' tetapi MiM difahamkan bahwa hasrat tersebut tidak akan kesampaian kerana Barrack Obama mempunyai polisi luar negeri yang tidak mencampuri hal ehwal pentadbiran sesebuah negara berdaulat.

Bagaimana pun, kita perlu ingat dengan dakwaan proksi-proksi Yahudi yang rapat dengan Ketua Pembangkang dan berada di Amerika Syarikat. Apakah ini kabel yang digunakan jika Anwar mahu meneruskan hasrat beliau itu?

Atau, ianya sekadar gempaq sahaja untuk menyenangkan hati penyokong-penyokong beliau?

Aksi Anwar ini mengingatkan MiM kepada sandiwara beliau yang didakwa memperalatkan ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qardawi sebelum ini.
 
Baca di bawah :-
AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ? 
Zulkifli Noordin : Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf. 
Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf. 
Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi. 
Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat. 
Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf. 
AIDC : Adakah ini dirancang oleh Anwar ? 
Zulkifli Noordin : Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu. 
Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini. 
Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah. 
AIDC : Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas? 
Zulkifli Noordin : Maksudnya beginilah, kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik. 
Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. 
Kita tidak beri gambaran (sebenar), iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu). 
Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam. 
Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat.... Artikel seterusnya KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat