TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, May 18, 2013

Bursa diramal meningkat minggu depan.


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia berkemungkinan meningkat minggu depan manakala FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka menyaksikan lantunan kecil.

Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata indeks utama itu mungkin menguji semula paras 1,790-1,800 mata berikutan petunjuk-petunjuk positif dari Amerika Syarikat dan berita bahawa semakin banyak bank pusat akan melaksanakan dasar monetari yang akomodatif.
"Di dalam negara, kami menjangka sentimen pulih semula memandangkan kini dasar-dasar terus teguh berikutan kemenangan parti pemerintah dalam pilihan raya dan kami yakin kerajaan akan meneruskan agenda reformasi untuk mencergaskan ekonomi dengan barisan Kabinet yang baharu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pelabur menganggap komposisi barisan Kabinet ini sebagai mesra perniagaan dan mewakili sektor-sektor ekonomi.
"Ia adalah padanan yang baik antara orang yang sesuai dengan tugas yang sesuai, yang boleh membuat keputusan yang baik untuk memastikan pertumbuhan dari suku ke suku dalam beberapa tahun akan datang.
"Kami menjangkakan lebih banyak pelabur runcit kembali ke pasaran, dana terus mengalir masuk, pelabur semakin yakin dan pertumbuhan ekonomi terus teguh untuk mendorong peningkatan Bursa dalam bulan-bulan akan datang," katanya.
Dalam minggu ini, indeks pengukur pasaran itu mencecah 1,788.43 mata pada Selasa tetapi harga saham turun selepas itu berikutan kegiatan menjual.
"Dari segi teknikalnya, kami menganggap kejatuhan FBMKLCI sebanyak 3.1 peratus atau 58 mata sejak 6 Mei, apabila indeks itu mencecah paras tertinggi dalam sejarahnya pada 1,826.22 mata, sebagai pembetulan semula jadi, terutamanya disebabkan oleh kegiatan pelabur mengambil untung," katanya.
Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mengakhiri dagangan minggu ini 3.22 mata lebih rendah pada 1,769.16.
Indeks Kewangan meningkat 42.63 mata kepada 16,749.01, Indeks Perladangan turun 96.20 mata kepada 8,229.30 dan Indeks Perusahaan naik 69.35 mata kepada 3,024.45.
Indeks FBM Emas menokok 59.47 mata kepada 12,272.18, Indeks FBMT100 mengukuh
34.24 mata kepada 12,054.50, Indeks FBM Ace melonjak 327.14 mata kepada 4,679.41 dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 266.03 mata kepada 14,091.99.
Jumlah dagangan mingguan bertambah kepada 12.677 bilion saham bernilai RM13.261 juta daripada 11.54 bilion saham bernilai RM17.29 bilion minggu lepas.
Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 10.65 bilion saham bernilai RM12.588 bilion daripada 10.43 bilion saham bernilai RM17.08 bilion yang dicatatkan minggu lalu.
Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya meningkat mendadak kepada 1.727 bilion unit bernilai RM265.042 juta daripada 767.35 juta saham bernilai RM123.16 juta sebelumnya.
Bagaimanapun, waran susut jumlahnya kepada 272.137 juta saham bernilai RM35.623 juta daripada 328.44 juta unit bernilai RM39.47 juta minggu lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat