KUALA LUMPUR, 13 Mei - Polis mengesahkan Hatijah Aam, balu pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.30 pagi, hari ini.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman berkata peranan polis dalam penahanan itu hanya sebagai membantu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan.
"Penahanan Hatijah Aam bukan di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya tetapi kita hanya membantu (Jais) sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hatijah Aam yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dari Jeddah, Arab Saudi dan terus dibawa ibu pejabat Jais di Shah Alam, Selangor. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.