TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, May 14, 2013

DAP di heret ke Mahkamah - Jenice Lee.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee bertindak mencabar keputusan DAP di mahkamah kerana memecatnya dari parti itu pada 20 April lalu berikutan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) pada Disember lepas dianggap tidak sah.


Menurut Jenice, pemimpin tertinggi DAP yang menerajui barisan CEC ketika ini tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggantung atau memecatnya kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC parti itu.

"Memandangkan CEC tidak sah dan ROS masih mempunyai keraguan dengan pemilihan lepas, atas kapasiti apa Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai mengeluarkan arahan memecat dan kemudian menggantung saya? Semua pemimpin tertinggi CEC tidak sah termasuk Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Saya masih ahli DAP yang sah.

"Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk mencabar kesahihan pemecatan saya melalui proses undang-undang dalam beberapa hari lagi," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.

Jenice dipecat daripada DAP pada 20 April lalu berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas menentang calon DAP bagi mempertahankan kerusi DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lepas.

Selang beberapa hari selepas pemecatannya, beliau dikejutkan pula dengan laporan media bahawa dirinya telah digantung daripada parti DAP berkuatkuasa 18 April lalu.

Jenice pernah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi oleh Jawatankuasa Disiplin DAP berhubung dakwaan penyalahgunaan dana melibatkan seorang pembantunya namun keputusan siasatan tidak pernah diumumkan sehingga hari ini.

Beliau mendakwa, surat rasmi berhubung pemecatan dan penggantungan beliau tidak pernah sampai kepadanya malah semua pengumuman hanya dibuat melalui media sahaja.

"Bukankah isu berkaitan pemecatan atau penggantungan itu sebenarnya serius? Mengapa mereka tidak bercakap dengan saya? Saya sungguh kecewa dengan perbuatan tidak 'bertanggungjawab' itu.

"Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri hanya mohon saya tarik diri daripada menjadi calon melalui media sahaja bukan bercakap dengan saya sendiri. Adakah ini cara betul untuk melayan saya yang telah berkorban segalanya demi parti," tambahnya -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat