TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, May 14, 2013

Perhimpunan haram: Amaran polis - JOHOR.



Perhimpunan haram: Amaran polis  

Mohd Mokhtar bersama Haznina (kanan) menunjukkan aplikasi di komputer tablet selepas merasmikan Majlis Promosi e-Alert dan CommAlert Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, di Johor Bahru, semalam.
 
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penganjur, peserta

Johor Bahru: Penganjur perhimpunan 505 anjuran pakatan pembangkang yang dijadualkan diadakan di sini esok akan dikenakan tindakan tegas kerana tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman untuk memberi notis awal 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang memberi amaran itu berkata tindakan sama akan dikenakan terhadap sesiapa saja yang turut serta dalam perhimpunan itu.
Terima banyak aduan


“Sejak berita mengenai penganjuran perhimpunan itu tersebar, polis menerima banyak aduan serta laporan daripada orang awam yang membantah perhimpunan itu diadakan kerana mereka bimbang serta takut akan tercetusnya kejadian tidak diingini,” katanya.


Penganjur 505 perlu beri notis 10 hari sebelum perhimpunan

Polis Johor memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 505 supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman dengan memberi notis awal 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu yang dijadualkan berlangsung Rabu ini gagal berbuat demikian selain mendapat bantahan orang ramai.
 
"Kita hanya menerima permohonan daripada mereka (wakil pembangkang) pada Sabtu lalu dan mereka ingin mengadakan perhimpunan Rabu ini. Jelas tindakan mereka itu tidak mengikut syarat ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Jika mereka berdegil mengadakan perhimpunan pada tarikh terbabit, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta mereka yang menyertainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Promosi e-Alerts dan CommAlerts (Aplikasi Telefon Pintar) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Dr Hashim Haron; Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisiten Komosioner Zainuddin Yaacob dan Pengurus Projek Wiseyes Solutions Sdn Bhd, Haznina Ahmad Kamal.


Bantah perhimpunan

Beliau berkata, pihaknya juga menerima aduan orang ramai yang membantah penganjuran perhimpunan itu kerana dikhuatiri boleh menyebabkan suasana tidak aman dan selamat.

“Sejak berita mengenai penganjuran perhimpunan itu tersebar, polis menerima banyak aduan serta laporan daripada orang awam yang membantah perhimpunan itu diadakan kerana mereka bim-bang serta takut akan tercetusnya kejadian tidak diingini.

“Berapa kali polis perlu terangkan kepada parti politik ini, yang kita perlu mengambil kira segala aspek keselamatan sebelum sebarang perhimpunan diadakan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat