TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, April 25, 2013

Pasukan Khas Laut (Paskal) digerakkan menaiki kapal auxiliary Bunga Mas 5 dan 6 untuk melindungi kapal-kapal dagang Malaysia.

Sesuai dengan reputasinya sebagai laluan laut paling berbahaya di dunia, perairan Teluk Aden, Somalia menyimpan seribu satu cerita tidak menyenangkan kepada kapal-kapal perdagangan yang melalui kawasan tersebut.

Lanun di perairan sepanjang 3,300 kilometer (km) itu terutamanya, telah menjadi ancaman besar kepada sektor perkapalan antarabangsa sejak fasa ke...dua Perang Saudara Somalia pada awal abad ke-21.

Mempunyai kedudukan strategik di bahagian selatan kawasan The Horn of Africa, Teluk Aden menyaksikan banyak siri rompakan dan rampasan kapal perdagangan yang merugikan penggiat perniagaan setiap tahun.

Sejak 2005, badan-badan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Maritim Antarabangsa dan Program Makanan Dunia menyatakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan gejala perlanunan di kawasan tersebut.

Atas kesedaran itu, Malaysia telah melancarkan Ops Fajar bagi menjamin keselamatan kapal-kapal dagang kita pada tahun 2008 dan memasuki siri kesembilan kini.

Menerusi operasi tersebut, Pasukan Khas Laut (Paskal) digerakkan menaiki kapal auxiliary Bunga Mas 5 dan 6 untuk melindungi kapal-kapal dagang Malaysia.

Kejayaan terus terukir bagi kru Ops Fajar apabila dua tahun lalu, sebuah kapal dagang iaitu MT Bunga Laurel berjaya diselamatkan selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman,

Tidak lama selepas itu, sebuah Pasukan Perlindungan Khas (PPK) Bunga Mas 5 terdiri daripada enam anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan lanun merampas kapal dagang MT Eagle Stealth milik MISC.

Dalam kejadian tersebut, lima bot laju dinaiki antara 10 hingga 15 lanun dipercayai dari Somalia cuba merapati kapal tersebut ketika belayar merentasi Bab Al-Mandeb, 30 batu nautika dari Al-Mukha, Yaman.

Jelas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kejayaan menangkap tujuh lanun Somalia sekali gus mengagalkan cubaan lanun tersebut mencerminkan kesiapsiagaan tempuk ketumbukan tersebut.

Bermula Ops Fajar dilancarkan sehingga kini, belum ada satu pun kapal MISC yang berjaya ditahan lanun Somalia.

TLDM dengan kerjasama pihak MISC telah melancarkan kapal auxiliary kedua iaitu Kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 pada 8 Ogos 2011.

Sehingga ke kini, setelah beroperasi selama 1,390 hari, Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas 5 telah berjaya mengiringi 234 buah kapal MISC dalam 194 konvoi. Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas 6 pula telah berjaya mengiringi 41 buah kapal MISC dalam 41 konvoi," katanya.

Gaya Tentera berkesempatan menaiki sendiri Bunga Mas 6 yang diketuai Komander Kapten Mohd. Nazri Sharif, 40, pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 baru-baru ini.

Kapal setinggi tujuh tingkat tersebut turut menempatkan ruang mendarat helikopter pasukan Rajawali Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tempat menginap dan ruang latihan pasukan Paskal manakala pusat pengemudian seluruh kapal berada di tingkat paling atas.

Dikemudi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), Bunga Mas 6 merupakan antara tarikan utama segmen maritim pada LIMA 2013.

Kapasiti normal kapal yang dahulunya juga sebuah kapal dagang tersebut boleh memuatkan lebih 100 anak kapal dan barangan dagangan setiap kali operasi dijalankan.

Mohd. Nazri memberitahu, konvoinya yang membawa kira-kira 25 anggota Paskal akan memulakan rutin operasi dengan mengiringi kapal-kapal dagang MISC bermula di Lumut sehingga ke sebuah checkpoint yang ditetapkan di sempadan Teluk Aden.

Kemudian, jelasnya, pasukan Paskal akan memulakan mobilisasi ke kapal yang diiringi itu bagi memastikan sebarang bentuk ancaman lanun tidak wujud terhadap kapal berkenaan.

Sepanjang saya mengetuai Bunga Mas 6, tiada sebarang ancaman yang besar berlaku kepada kapal-kapal MISC, cuma percubaan-percubaan kecil yang akhirnya berakhir dengan lanun-lanun tersebut menyedari bahawa kapal dagang kita diawasi Paskal lalu menghilangkan diri.

Namun begitu, kelibat kumpulan bersenjata api termasuk raifal M16 dan AK-47 di atas bot pancung berdekatan dengan laluan kapal sememangnya sebuah pemandangan yang biasa bagi kami," ujarnya.

Wartawan turut mengambil kesempatan untuk bertanyakan berhubung pengalaman Mohd. Nazri sewaktu operasi menyelamatkan MT Bunga Laurel tersebut dua tahun lalu.

Mengimbau semula kejadian tersebut, Ahmad Nazri memberitahu, kejadian pada pukul 7 petang pada 20 Januari itu masih segar dalam ingatannya memandangkan peristiwa berkenaan melibatkan 21 anak kapal dagang milik MISC, Bunga Lauren hampir terkorban dan menjadi tebusan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika beliau dan pasukannya yang menaiki kapal Bunga Mas 5 mengiringi Bunga Lauren ke Lautan Arab pada hari tersebut sebelum menerima laporan kapal dagang tersebut didekati lanun menggunakan bot pancung dan bersenjatakan raifal AK-57.

Kami tidak dapat menghubungi mereka dalam tempoh 10 minit dan selepas itu kami menjenguk kapal milik MISC berkenaan dan ditembak lanun.

Lantas itu, kami berpatah balik ke kapal tersebut untuk membantu dan apabila komunikasi pulih, kami segera arahkan mereka untuk bersembunyi di dalam bilik enjin," katanya kepada pemberita.

Jelas Mohd. Nazri, sebaik sahaja tiba, kapal mereka telah ditembak lanun yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 27 tahun tersebut sebelum 14 anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) menyelinap masuk ke kapal dan berlaku insiden tembak-menembak.

Insiden tembak menembak itu, jelas beliau, berakhir lapan jam kemudian iaitu pukul 3 pagi dengan kesemua lanun berjaya ditangkap.

Kesimpulannya, Ops Fajar membuktikan kejayaan TLDM dalam melaksanakan misi dan visi mempertahankan negara selain Ops Pejarak di Pulau Perak, Kedah dan Pulau Jarak, Perak; Ops Sinar Sakti di gugusan Semarang Peninjau, Sabah dan Ops Daulat Benua di perairan Sabah Timur.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat