TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, April 2, 2016

TAKDIR: UAE bekukan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi IPIC transaksi kewangan 1MDB!!!?

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) meningkatkan siasatan dengan mengeluarkan larangan perjalanan dan membekukan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi - International Petroleum Investment Company (IPIC) - berhubung transaksi kewangan yang membabitkan 1MDB.

Tindakan UAE itu menunjukkan terdapat kemajuan dalam siasatan pihak berkuasa berhubung urusan Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny - yang kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat dengan 1MDB.

Al Qubaisi, seorang warganegara UAE adalah pengarah urusan firma pelaburan bernilai AS$ 80 bilion itu, manakala Al Husseiny, seorang warga Amerika adalah Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments PJS yang dimiliki oleh IPIC.

Kedua-dua syarikat itu mempunyai urusan yang meluas dengan 1MDB dan kedua-dua bekas eksekutif itu dilaporkan dibebaskan baru-baru ini selepas pembabitan mereka dalam urusan IPIC dengan 1MDB.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan bahawa Al Husseiny ditahan oleh pihak berkuasa UAE sementara menunggu perintah ekstradisi untuk dibawa ke Amerika Syarikat bagi membantu siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ke atas 1MDB.

Sementara itu, dalam artikel yang berasingan, WSJ juga melaporkan bahawa unit Kumpulan Edmond de Rothschild di Luxembourg sedang bekerjasama dalam siasatan rasmi berhubung wang yang mungkin mengalir daripada 1MDB.

Khamis lalu, pejabat pendakwa Luxembourg memaklumkan bahawa ia sedang menyiasat sama ada ratusan juta dolar yang dihantar ke akaun di sebuah bank di negara itu berasal daripada 1MDB.

Ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan siasatan bon yang dikumpulkan untuk 1MDB yang sedang diteliti oleh pihak berkuasa Switzerland.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat