TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, April 4, 2016

DAULAT TUANKU: TMJ JAWAB 8 SOALAN DARI MEDIA.

8 jawapan menarik dari DYAM TMJ apabila pasukan media kami memaklumkan kepadanya mengenai komen-komen negatif mengenai baginda atau JDT di media sosial.

1. JDT tidak dapat melahirkan pemain berbakat, jadi mereka hanya tahu membeli pemain dari pasukan lain.

Jawapan TMJ: Benar. Maka teruskan melahirkan pemain berbakat sebab saya mahu membeli mereka.

2. JDT membeli pengadil.

Jawapan TMJ: Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya pasti lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak. Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit.

3. JDT membunuh bola sepak Malaysia.

Jawapan TMJ: Ia benar. JDT membunuh bola sepak tanahair, itu sebabnya kami merupakan pasukan yang pertama di Asia Tenggara membawa nama Malaysia memenangi Piala AFC. Kita membunuh bola sepak dan FAM membantu bolasepak Malaysia mendapatkan sumber kewangan dan hanya berminat dalam Piala Suzuki. JDT akan terus membunuh. Usah bimbang.

4. JDT adalah pasukan yang paling kaya di negara ini itulah sebabnya mereka sentiasa menang.

Jawapan TMJ: Salah. Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya.

5. JDT tidak ada ada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan pasukan pantai timur.

Jawapan TMJ: Itulah sebabnya perlukan 3 pasukan bergabung untuk mengalahkan 1 pasukan.

6. JDT mencuri pemain.

Jawapan TMJ: Ia bukanlah mencuri apabila pemain yang mahu datang ke sini.

7. Semua berkenaan JDT adalah mengenai wang.

Jawapan TMJ: Bukan, RM100juta serta banyak lagi wang telah hilang dan tiada siapa yang menyiasat tentang semua wang itu. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar.

8. TMJ suka tunjuk harta.

Jawapan TMJ: Perbezaan mentaliti antara saya dan individu-individu yang berfikiran sempit adalah, saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka. Kerana anda buta.

----

8 interesting facts from TMJ when our media team informed him about the negative comments said about him and JDT on social media.

1. JDT can't produce talented players so they only know to buy players from other teams.

TMJ's answer : True. So you keep on producing them because I want to continue buying them.

2. JDT buy referees.

TMJ's answer: With all the money I have do you really think I buy the referees? I'll be more interested to buy the Prime Minister and make myself the Prime Minister rather than paying referees to win a football match. But what to do? I always think big and they always think small.

3. JDT kills Malaysian football.

TMJ's answer : It's true. JDT killed football. That's why we are the first team in South East Asia to win the AFC Cup, putting Malaysia on the map in the football arena. We killed football where as FAM helps Malaysia football by making money and only keeping an interest in the Suzuki Cup. JDT will continue killing. Not to worry.

4. JDT is the richest team in the country that's why they always win.

TMJ's answer : Wrong. Felda, Terengganu, Pahang and Selangor arw the richest team in the country. Felda is the strongest because it's funded by Federal Government. They need votes so Felda is the strongest and the richest.

5. JDT is nothing compared to Pantai timur teams.

TMJ's answer : that's why it takes 3 teams combined to beat 1.

6. JDT steal players.

TMJ's answer : It's not stealing when the players wants to come here.

7. JDT is all money.

TMJ's answer : No, RM100 million and many more missing and no one is looking for it. JDT is just a small club with big dreams.

8. TMJ likes to show off his wealth.

TMJ's answer : The mentality difference between those narrow-minded individuals and I is that I feel worried and pity towards them for having to pay GST, while they are more worried about TMJ showing off his wealth. Congratulation! You're the type of people the government likes. Because you're blind.

Hidup Johor Demi Johor
#BerjuangBersamaKami

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat