TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, March 31, 2016

Terkini: Singapura telah menyoal 40 bank termasuk dua bank terbesar di Australia berhubung dana berkaitan 1MDB.

Lembaga Kewangan Singapura (MAS) telah menyoal kira-kira 40 bank, termasuk dua bank terbesar di Australia dalam siasatannya berhubung dana berkaitan dengan 1MDB.

Menurut akhbar The Australian, pemindahan serendah AU$50,000 (kira-kira RM149,998) di bawah penelitian untuk melihat sama ada dana berkenaan dipecahkan supaya tidak dapat dikesan.

Lembaga Kewangan Singapura sebelum ini mengesahkan ia sedang menyiasat dana berkaitan 1MDB, manakala polis republik itu memberitahu Bank Negara Malaysia bahawa wang berjumlah AS$ 529 juta (kira-kira RM2.1 bilion) mengalir dari bank Switzerland, BSI kepada ahli perniagaan Jho Low.

The Australian berkata pihak berkuasa menyoal bank kenapa akaun khusus dibuka dan jenis urusniaga.

Menurut laporan itu, bentuk soalan sedemikian bertujuan memaksa bank-bank untuk memberi maklumat.

Malaysiakini telah menghubungi Lembaga Kewangan Singapura untuk mendapatkan ulasan mereka.

Ini susulan laporan oleh The Wall Street Journal dan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) yang mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kira-kira AS$1 bilion (kira-kira RM3.9 bilion) daripada pelbagai sumber antara tahun 2011.

Najib dilaporkan membelanjakan dana berkenaan bukan sahaja bagi kempen politik tetapi juga bagi percutian, pembelian kereta mewah, barangan kemas dan membeli-belah di gedung-gedung fesyen terkemuka.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan jawapan.

PMO semalam berkata laporan ABC yang memaparkan surat daripada seorang putera Arab Saudi mengenai sumbangan itu membuktikan bahawa Najib bercakap benar.

Kementerian Luar, bagaimanapun, berkata laporan itu berat sebelah.

Pengkritik mengaitkan ‘derma’ ribuan juta ringgit yang disalurkan kepada 1MDB yang diilhamkan Najib, terutamanya selepas firma pelaburan negara itu menghadapi kesukaran membayar pinjamannya, tahun lalu.

Najib telah menafikan menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi, manakala 1MDB telah menjual aset utama bagi mengurangkan masalah masalah tunai.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat