TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 9, 2014

Mutakhir: Penolong Pegawai Tanah menukar pengakuan tidak bersalah menerima suapan.

IPOH: Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di Batu Gajah, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini terhadap lima tuduhan menerima suapan RM7,572 antara Disember 2011 dan Julai 2012.

Muhammad Sharwani Ramli, 35, dari No 57, Jalan Pakatan Jaya 6, Taman Pakatan Jaya, Hulu Kinta, dekat sini, meminta dirinya dibicarakan sejurus sebelum Hakim Madihah Harullah mahu menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya selepas dia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan ketika didakwa pada 2 Disember lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa dengan lima pertuduhan menerima wang berkenaan dalam bentuk cek dan tunai daripada dua individu dari sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pemindahan pasir dan tanah merah.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa menerima cek bernilai RM1,500 daripada Hoong Chee Mun pada jam 9.30 pagi, 19 Disember 2011.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima pula, dia didakwa menerima wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,072 daripada seorang lagi individu, Hoong Yoet Ming yang diterimanya pada 2012, iaitu jam 2 petang pada 23 Februari, jam 2 petang pada 31 Mei, jam 2.30 petang pada 14 Jun dan jam 2 petang 2 Julai.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di No 168 Jalan Pasir Puteh, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Madihah menetapkan 7 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mukhriz Mat Rus.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/22158?m=1

MTMR hanya nak ingatkan kepada SPRM bukti dah ada penerima dan pemberi RASUAH hendaklah di kenakan tindakkan yang sama?

Jika kita hendak memerangi RASUAH. Perkara-perkara asas hendaklah di laksanakan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat