Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, November 17, 2014

Terkini: Masyarakat Cina bebas berniaga

Pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee melahirkan kekesalannya terhadap kaum Cina yang kadangkala didakwa sengaja membesarkan isu berkaitan kepentingan dan kedudukan orang Melayu, termasuk dalam isu agama.

"Mereka (orang Cina) kena faham bahawa Melayu adalah tuan di negara ini, mereka juga kena faham kerana sikap bertolak ansur orang Melayu maka mereka boleh menjalankan pelbagai kegiatan terutama dalam sektor perniagaan," beliau dipetik sebagai berkata.

Ketua Umno Cheras itu dilapor mengingatkan, tahap kesabaran orang Melayu selama ini menjadi teras kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang progresif dan harmoni.

Katanya, orang Melayu dan umat Islam selama ini berpegang teguh kepada semangat setiakawan dan sikap toleransi walaupun kedudukan mereka sering diganggu-gugat dan dipersoal kaum lain, lapor blog Umno bahagian itu.

"Ketika kaum lain mencela dan mempersoalkan hak dan ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi, kita (orang Melayu) masih bersabar kerana percaya kesabaran itu mampu mengekalkan kestabilan negara dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum,” beliau dipetik sebagai berkata.

Syed Ali juga mengingatkan bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya dan berharap bukan Melayu memahami sejarah dan intipati yang diperakui bersama menerusi perlembagaan dan Rukun Negara.

Tambah Syed Ali lagi, bukan Melayu tidak sepatutnya bersikap terlalu prejudis dan iri hati terhadap orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam yang menegaskan kepentingan sikap saling hormat pelbagai kaum berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.

Najib antaranya dilapor berkata, seperti mana orang Melayu sensitif tentang kaum Cina, masyarakat itu juga perlu sensitif terhadap orang Melayu.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat