Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, November 24, 2014

Terkini: Gara-gara mencari kerang empat remaja hampir maut.

MARANG: Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan 'fenomena kerang' menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.

Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.

"Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.

"Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.

"Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.

Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.

Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.

Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.

Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

"Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat