TERIMA KASIH

counters

MTMR

Thursday, November 6, 2014

Mutakhir : Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang "Johor Disaran Tubuh Universiti Islam."

"Johor Disaran Tubuh Universiti Islam."

Saya amat kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen DAP Oscar Ling yang mendakwa bahawa sekolah agama Islam merupakan punca perpecahan kaum di Malaysia. Saya menyifatkan dakwaan ini sebagai janggal, tidak bertanggung jawab dan sangatlah dengkel.

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kenyataan sebegini sewajarnya tidak harus keluar daripada seorang pengubal dasar. Melainkan niat beliau sengaja untuk mencabar kewibawaan Perlembagaan Persekutuan, maka pihak berkuasa hendaklah merujuk beliau ke muka pengadilan.

Realitinya, sekolah agama Islam telah menjadi sebahagian daripada tradisi sistem pendidikan di negara kita sejak Malaysia belum mencapai kemerdekaan lagi. Ianya berperanan dalam menyebar ilmu, pengetahuan serta kefahaman Islam progresif dan madani secara formal kepada majoriti umat Islam. Jumlahnya juga kian bertambah dan tidak hanya tertumpu di peringkat asas dan persekolahan rendah, malah relevannya meliputi peringkat tertinggi dengan wujudnya institusi pengajian tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dan hakikat yang paling penting adalah kewujudan dan pertambahan bilangan sekolah agama selama ini tidak sesekali pernah menganggu keharmonian perpaduan nasional apatah lagi menggugat kedudukan mana-mana kaum lain di Malaysia.

Johor terkenal dalam agenda perjuangan syiar Islam progresif kerana mempunyai sebuah sistem sekolah agama yang kini mencapai satu tahap yang amat boleh dibanggakan. Saya mempunyai beberapa kenalan yang sanggup berhijrah untuk bekerja di Johor, semata-mata untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan agama formal yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Dan ramai anak Johor yang bersekolah di Johor mempunyai kemahiran membaca dan menulis Jawi, selain mempunyai ilmu, pengetahuan asas dan kefahaman Islam yang kukuh dan berjaya dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.

Oleh itu, Pemuda UMNO Pasir Gudang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor memulakan usaha untuk menubuhkan sebuah Universiti Islam, sebagai meneruskan kesinambungan dan tradisi kepada sistem sekolah agama Islam yang terdapat di negeri ini. Penubuhan universiti ini juga sekaligus untuk membuktikan bahawa dakwaan awal tadi adalah salah dan langsung tidak berasas. Idea ini adalah realistik memandangkan Johor mempunyai beberapa kekuatan dan kelebihan seperti sistem pendidikan agama yang mantap; bilangan sekolah agama yang mencukupi; lebihan (surplus) hasil kutipan zakat setiap tahun; di samping mempunyai eko-sistem dan persekitaran sokongan yang positif seperti guru agama, pensyarah, tokoh akademik dan sebagainya.

Pemuda UMNO Pasir Gudang juga berharap agar Ahli Parlimen DAP dapat menarik semula dakwaan beliau dalam isu ini dan segera memohon maaf kepada seluruh umat Islam.Pemuda Pasir Gudang juga menyarankan agar cadangan penubuhan Universiti Islam ini dapat disambut dengan baik oleh pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan martabat dan syiar Islam terus tersebar di Malaysia dan seluruh dunia.

Saudara Noor Azleen Bin Ambros
Penolong Setiausaha
Pemuda UMNO Pasir Gudang
5hb November 2014
Pasir Gudang, Johor

#mesraBN
-akmal-

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat