PUTRAJAYA: Pasukan bantuan dari Malaysia yang sudah berangkat ke Kiev, Ukraine malam tadi diharap dapat memasuki lokasi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Grabovo, Donestk dengan selamat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan selanjutnya kini bergantung kepada perbincangan diplomasi yang akan diadakan antara Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan berangkat ke Kiev malam ini dengan pihak berkaitan.

"Namun kita mahu tiga perkara yang diminta kerajaan Malaysia iaitu akses ke lokasi, soal keselamatan pegawai dan serpihan dan bukti tidak diganggu dapat dipenuhi pihak yang berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat keluarga mangsa di Hotel Marriot di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.