Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, June 13, 2014

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Alvin

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap blogger kontroversi Alvin Tan selepas dia gagal mengembalikan pasport antarabangsanya yang sebelum ini diberikan kepadanya bagi tujuan penggambaran di Singapura.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan, tidak hadir di mahkamah hari ini dan gagal mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah sebelum 4 Jun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali memaklumkan mengenai tertuduh mengingkari perintah mahkamah supaya pasportnya dikembalikan dan pihak pendakwaan
memohon waran tangkap tanpa jaminan dikeluarkan terhadap tertuduh.

"Tertuduh telah memohon kepada mahkamah supaya pasport itu diserahkan sementara kepadanya pada 18 Mei lalu dan akan mengembalikan pasport itu sebelum 4 Jun, namun dia gagal berbuat demikian," katanya.

Sementara itu peguam Chong Joo Tian, yang mewakili Tan tidak membantah permohonan pendakwaan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap anak guamnya kerana beliau sendiri tidak dapat menghubunginya.

Hanya Vivian Lee atau Lee May Ling yang dituduh bersama Tan, memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lepas. Prosiding hari ini hanya dihadiri Lee, 25.

Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Mei lepas, Tan dan Lee memperoleh pasport antarabangsa mereka bagi membolehkan mereka menjalani penggambaran dokumentari di Singapura bagi tempoh 18 Mei hingga 3 Jun lepas.

Dalam pada itu, Chong ketika ditanya pemberita mengenai penggambaran membabitkan pasangan itu di Singapura hanya menjawab, "penggambaran itu ditangguhkan", sebelum beredar meninggalkan mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Tan dan Lee, 25, didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, mengikut Akta Hasutan 1948.

Ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi  logo halal antara 11 dan 12 Julai tahun lepas di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini.

Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai tahun lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

Pada 23 April lepas pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan di Mahkamah Rayuan pada 21 April lepas yang menggugurkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi Tan dan Lee mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan. - Bernama

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat