TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, May 31, 2014

Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia.

Permulaan

Penubuhan TUDP
Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“.
Air Commodore A.V.R Johnstone
Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.
Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.
Anggota Perintis TUDP Pada Tahun 1958
Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958. Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin.
 
Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat