TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, May 31, 2014

Gombak : Kanak-Kanak 2 Tahun mati tanpa kepala???

    

"Anak Saya Dah Mati"

PETALING JAYA - ”Anak saya dah mati.” Itu sahaja ungkapan yang dapat diluahkan ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati tanpa kepala ketika didekati wartawan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jeritan yang menggambarkan beratnya penderitaan ditanggung berikutan nasib buruk yang menimpa anaknya itu, Siti Soffea Emelda Abdullah....

Dalam keadaan bingung, Siti Salmy Suib, 32, tiba di rumah mayat HKL bersama empat rakannya, kira-kira pukul 9 pagi, Jumaat.

Ibu yang memilih menjadi gelandangan itu dilihat berjalan dengan pantas, seolah-olah mahu memastikan semua persiapan untuk menuntut jenazah anaknya selesai secepat mungkin.

Malah, setiap kali wartawan mendekatinya, Siti Salmy akan menutup mukanya dengan kain putih.

Kira-kira pukul 11.45 pagi, ibu berkenaan dilihat meninggalkan HKL dengan menaiki kereta polis sebelum kembali semula ke hospital berkenaan pada pukul 2.30 petang.

Sebaik selepas pengebumian Siti Soffea di Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak, beliau yang sekali lagi didekati wartawan dengan nada marah berkata: “Saya dah cakap tak nak cakap. Tak faham bahasa kah?

Seorang pekerja di Kompleks Kota Raya berkata, Siti Salmy dan anaknya hampir setiap hari dilihat berada di kompleks berkenaan dan selalunya membawa beg plastik mengandungi baju mereka.

“Dia seorang kanak-kanal yang comel dan disukai ramai. Malah, ada pekerja di sini yang akan memberikan makanan dan minuman kepadanya,” katanya menceritakan mengenai mangsa pembunuhan kejam itu.

Kata pekerja itu lagi, Siti Salmy dan Siti Soffea yang kebiasaannya berada di kompleks berkenaan sehingga malam akan mandi di tandas kompleks itu.

“Kebanyakan pekerja di sini mengenali mereka,” katanya sambil menambah Siti Salmy kebiasaannya akan menghabiskan masa bersama rakannya di tingkat empat kompleks itu yang menempatkan pusat permainan kanak-kanak dan karaoke.

Ibu kanak-kanak yang mempunyai dua lagi anak pernah memberitahu dia menghantar anaknya yang lain itu ke kampung, lapor mStar.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat