TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, February 6, 2014

Mutakhir: Rahsia di sebalik kemenangan JDT ke atas T-Team -

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Takzim(JDT) sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir Piala FA.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media khas di Wisma FAM, di sini, sebentar tadi.

 Hamidin berkata, keputusan itu dicapai selepas mengambil pertimbangan semua aspek termasuk keterangan daripada wakil kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan dan pengadil.


"Kemenangan itu diberikan berdasarkan Peraturan 4.12.15b mengikut Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 bahawa pasukan lawan dengan sengaja menarik diri dan gagal bermain tanpa alasan yang kukuh.

"Mengenai insiden di dalam terowong di Stadium Larkin, Sabtu lalu, pengadil perlawanan sudah mengarahkan supaya T-Team meneruskan perlawanan namun mereka enggan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada denda dikenakan terhadap pasukan T-Team tetapi amaran keras diberikan kepada JDT supaya perkara sama tidak berulang.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan berikutan tercetusnya pergaduhan antara kedua-dua pasukan di lorong menuju ke bilik persalinan, selepas tamat separuh masa pertama.

Pada Isnin lalu, pemain T-Team, pihak pengurusaan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.

Ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez turut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Johor Bahru Selatan di sini kelmarin berhubung kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat